Kenali habitat ikan betutu atau ketutu dan cara memancingnya


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. hari ini aku memancing di sungai dan target ikan betutu atau ketutu. Sebenarnya banyak nama untuk ikan ini tetapi yang dikenali ramai sebagai betutu atau ketutu. ikan ini boleh dikatakan sebagai kerapu sungai kerana isinya yang halus dan rasanya seperti ikan kerapu laut. ikan ini juga banyak khasiatnya, korang cari la kat google tentangnya. Biasanya ikan ini suka duduk di bawah pokok2 tumbang dan kawasan berteluk. Dia juga suka berada di air yang sederhana laju atau air yang agak tenang. Umpan yang aku selalu gunakan adalah udang kupas yang boleh dibeli di setiap pasar basah, cuma udang mestilah yang fresh dan masih melekit. Pada yang belum kenal dengan ikan ini korang boleh layan video di atas.

Comments

Popular posts from this blog

Cara menggunakan umpan sawit untuk memancing lampam atau terbol

Sungai Melaka terkenal dengan keindahannya pada waktu malam, wajib pergi