Posts

Showing posts from November, 2022

Cara menggunakan umpan sawit untuk memancing lampam atau terbol

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Umpan sawit memang umpan terbaik untuk memancing ikan lampam atau ikan terbol. Banyak lagi spesis ikan yang makan umpan sawit tapi disini aku fokuskan untuk lampam dan terbol. Biji sawit yang digunakan mestilah masih segar atau yang baru gugur dari tandan sawit yang masih berada di atas pokok. Warna sawit mestilah warna oren yang cukup masak. Gunakan pisau lipat 50 sen atau pisau yang tajam dan nipis supaya waktu memotong sawit tidak pecah. Dapatkan potongan bentuk dadu atau empat segi sama sekecil yang boleh sebab ikan terbol dan lampam mempunyai saiz mulut yang agak kecil. Aku gunakan matakail saiz 2 hinga 4 brand chinu. Untuk mendapatkan gambaran lebih jelas tonton video diatas.

Kenali habitat ikan betutu atau ketutu dan cara memancingnya

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. hari ini aku memancing di sungai dan target ikan betutu atau ketutu. Sebenarnya banyak nama untuk ikan ini tetapi yang dikenali ramai sebagai betutu atau ketutu. ikan ini boleh dikatakan sebagai kerapu sungai kerana isinya yang halus dan rasanya seperti ikan kerapu laut. ikan ini juga banyak khasiatnya, korang cari la kat google tentangnya. Biasanya ikan ini suka duduk di bawah pokok2 tumbang dan kawasan berteluk. Dia juga suka berada di air yang sederhana laju atau air yang agak tenang. Umpan yang aku selalu gunakan adalah udang kupas yang boleh dibeli di setiap pasar basah, cuma udang mestilah yang fresh dan masih melekit. Pada yang belum kenal dengan ikan ini korang boleh layan video di atas.