Posts

Cara membaiki paip sinki murah

Image
Assalamualaikum.. kali ni aku nak share sikit berkaitan paip sinki kat rumah. Paip sinki yang biasanya mempunyai tombol seperti di video boleh ditukar ganti dengan kos yang murah tanpa menukar satu set sekali. Biasanya tombol paip boleh dibuka dengan mencungkil lapik ditengah dan ada skru disitu. Hanya buka skru dan cabut tombolnya dan gantikan dengan tombol yang ada dijual dikebanyakkan kedai. Sila lihat video diatas untuk lebih jelas.

Teknik dasar memancing ikan sebarau

Image
Assalamualaikum.. ok kali ni aku nak cerita sikit pasal sebarau. Ikan sebarau ni adalah ikan pemangsa yang suka mengejar mangsa terutama anak ikan. Dalam kaedah casting menggunakan gewang kita yang menggerakkan umpan supaya sebarau tertarik dan ingat sebagai mangsanya. Jika anda seorang berjiwa pemancing dasar / bottom senang cerita malas nak baling dan karau, bolehlah gunakan teknik ini. Sebenarnya sebelum terciptanya istilah umpan tiruan teknik dasarlah yang digunakan. Cuma kita perlu mengetahui spot2 ikan sebarau. Ikan sebarau memang suka dalam keadaan air berarus dan banyak anak ikan bermain. Disebabkan ikan sebarau ikan yang sangat aktif dan mudah takut kita kena pastikan dia tidak nampak kelibat diri kita. Biasanya umpan anak ikan sebesar ibu jari tangan dan lebih baik kita dapatkan dari lubuk yang kita nak pancing. Ikan seluang dan ikan putih amatlah sesuai untuk memancing dasar, cuma kena pastikan perambut sepanjang 2 kaki dan lutsinar supaya anak ikan dapat bermain dalam air.

Trip memancing bottom di Kampung Panchor Kota Tinggi Johor, Episode 01, 02, & 03

Image
01 02 03 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Kali ini aku buat trip memancing di kampung Panchor bersama adik aku. Kita memancing menggunakan umpan udang hidup tetapi tak banyak sebab stok tak ada. Jadi kita tambah sikit dengan umpan umpun2 sarung. Disini aku boleh katakan masih banyak ikan jika tahu spot2 tertentu. Adik aku ni memang biasa dengan kawasan sini, jadi aku yang sesekali datang ni ikutkan sahaja kemana dia nak bawa. Sungguh pun begitu rezeki tetap Allah yang tentukan, kadang2 ada kadang2 tak ada, kira nasib la. Tapi kali ni Alhamdulillah ada rezekinya, pada aku memang layan la, walau saiz kurang sikit tapi strike bertubi tubi. Ahh malaslah nak taip panjang2 korang tengoklah sendiri video kat atas ni dari episod 01 hingga 03.

Sungai Melaka terkenal dengan keindahannya pada waktu malam, wajib pergi

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. kita nak naik river cruise di sungai melaka. sungai melaka telah banyak berubah dari masa ke semasa. Aku bukan nak cerita pasal sejarah tapi pengalaman menyusuri sungai melaka pada waktu malam.. memang menarik dan indah pemandangannya dengan lampu, banggunan sejarah dan lukisan yang ada pada dinding banggunan. Pendek kata memang layan la.

Akuarium terbesar di Malaysia seperti berada di dasar lautan

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. aku nak sembang sikit pasal Aquaria di klcc. Ini first time aku ke sini, itupun anak aku yang bawa. Video yang korang tengok kat atas ni hanya sebahagian sahaja yang aku rakam. Pada aku lah memang terbaiklah..biasa tengok dalam tv dan channel orang lain, tapi bila dah tengok dengan mata sendiri baru rasa keterujaannya. Jadi siapa yang belum pernah pergi bolehlah plan bersama keluarga.

Teknik sambungan leader ke main line yang kuat dan mudah

Image
Ok guys kalau korang nak tahu inilah sambungan yang aku gunakan selama mana aku casting ikan. Carrot knot memang mudah sangat nak buat dan lancar ketika buat lontaran.. nak tahu kenapa lihat video ini sampai habis.

Cara mengikat tali pancing pada mesin memancing untuk pemula

Image
Kepada sesiapa yang belum pernah pegang joran dan baru nak cuba haa tengok video ni sampai habis cara nak ikan tali pancing pada mesin atau reels.Semoga video ini bermanfaat... selamat mencuba.

Cara menggunakan umpan sawit untuk memancing lampam atau terbol

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Umpan sawit memang umpan terbaik untuk memancing ikan lampam atau ikan terbol. Banyak lagi spesis ikan yang makan umpan sawit tapi disini aku fokuskan untuk lampam dan terbol. Biji sawit yang digunakan mestilah masih segar atau yang baru gugur dari tandan sawit yang masih berada di atas pokok. Warna sawit mestilah warna oren yang cukup masak. Gunakan pisau lipat 50 sen atau pisau yang tajam dan nipis supaya waktu memotong sawit tidak pecah. Dapatkan potongan bentuk dadu atau empat segi sama sekecil yang boleh sebab ikan terbol dan lampam mempunyai saiz mulut yang agak kecil. Aku gunakan matakail saiz 2 hinga 4 brand chinu. Untuk mendapatkan gambaran lebih jelas tonton video diatas.

Kenali habitat ikan betutu atau ketutu dan cara memancingnya

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. hari ini aku memancing di sungai dan target ikan betutu atau ketutu. Sebenarnya banyak nama untuk ikan ini tetapi yang dikenali ramai sebagai betutu atau ketutu. ikan ini boleh dikatakan sebagai kerapu sungai kerana isinya yang halus dan rasanya seperti ikan kerapu laut. ikan ini juga banyak khasiatnya, korang cari la kat google tentangnya. Biasanya ikan ini suka duduk di bawah pokok2 tumbang dan kawasan berteluk. Dia juga suka berada di air yang sederhana laju atau air yang agak tenang. Umpan yang aku selalu gunakan adalah udang kupas yang boleh dibeli di setiap pasar basah, cuma udang mestilah yang fresh dan masih melekit. Pada yang belum kenal dengan ikan ini korang boleh layan video di atas.