Cara membaiki paip sinki murah
Assalamualaikum.. kali ni aku nak share sikit berkaitan paip sinki kat rumah. Paip sinki yang biasanya mempunyai tombol seperti di video boleh ditukar ganti dengan kos yang murah tanpa menukar satu set sekali. Biasanya tombol paip boleh dibuka dengan mencungkil lapik ditengah dan ada skru disitu. Hanya buka skru dan cabut tombolnya dan gantikan dengan tombol yang ada dijual dikebanyakkan kedai. Sila lihat video diatas untuk lebih jelas.