Posts

Showing posts from July, 2023

Teknik dasar memancing ikan sebarau

Image
Assalamualaikum.. ok kali ni aku nak cerita sikit pasal sebarau. Ikan sebarau ni adalah ikan pemangsa yang suka mengejar mangsa terutama anak ikan. Dalam kaedah casting menggunakan gewang kita yang menggerakkan umpan supaya sebarau tertarik dan ingat sebagai mangsanya. Jika anda seorang berjiwa pemancing dasar / bottom senang cerita malas nak baling dan karau, bolehlah gunakan teknik ini. Sebenarnya sebelum terciptanya istilah umpan tiruan teknik dasarlah yang digunakan. Cuma kita perlu mengetahui spot2 ikan sebarau. Ikan sebarau memang suka dalam keadaan air berarus dan banyak anak ikan bermain. Disebabkan ikan sebarau ikan yang sangat aktif dan mudah takut kita kena pastikan dia tidak nampak kelibat diri kita. Biasanya umpan anak ikan sebesar ibu jari tangan dan lebih baik kita dapatkan dari lubuk yang kita nak pancing. Ikan seluang dan ikan putih amatlah sesuai untuk memancing dasar, cuma kena pastikan perambut sepanjang 2 kaki dan lutsinar supaya anak ikan dapat bermain dalam air.

Trip memancing bottom di Kampung Panchor Kota Tinggi Johor, Episode 01, 02, & 03

Image
01 02 03 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Kali ini aku buat trip memancing di kampung Panchor bersama adik aku. Kita memancing menggunakan umpan udang hidup tetapi tak banyak sebab stok tak ada. Jadi kita tambah sikit dengan umpan umpun2 sarung. Disini aku boleh katakan masih banyak ikan jika tahu spot2 tertentu. Adik aku ni memang biasa dengan kawasan sini, jadi aku yang sesekali datang ni ikutkan sahaja kemana dia nak bawa. Sungguh pun begitu rezeki tetap Allah yang tentukan, kadang2 ada kadang2 tak ada, kira nasib la. Tapi kali ni Alhamdulillah ada rezekinya, pada aku memang layan la, walau saiz kurang sikit tapi strike bertubi tubi. Ahh malaslah nak taip panjang2 korang tengoklah sendiri video kat atas ni dari episod 01 hingga 03.